Friday, May 23, 2008

Pengkomposan

Kaedah alternatif pengkomposan sisa organik pepejal. Kaedah ini tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah sisa buangan pepejal tetapi ia mampu mengalihkan sejumlah sisa buangan terutama sisa organik dari tempat pelupusan sampah dan dengan itu mengurangkan masalah sisa organik.

Bahan organik pepejal yang menjadi bahan paling banyak dibuang boleh digunakan sebagai substrat kepada beberapa makro dan mikro-organisma untuk ditukarkan kepada baja organik yang boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien dan meningkatkan kesuburan tanah.

Dalam hal ini, sisa buangan yang terdiri daripada sampah sarap organik merupakan sumber makanan kepada bakteria, kulat, aktino-miset, serangga dan cacing tanah yang bersama-sama mengambil bahagian dalam pengkomposan bahan-bahan organik.

Beberapa kaedah pengkomposan telah wujud sejak beribu tahun dahulu. Pengkomposan bermaksud penurunan secara biologi bahan organik kepada humus. Apabila tumbuhan atau haiwan mati ia akan menjadi bahan nutrien kepada makro dan mikroorganisma, dan akhirnya menjadi tanah semula. Pada zaman dahulu manusia menggunakan semula sampah sarap pertanian mereka dengan cara mengkompos.

Pengkomposan ialah suatu proses dinamik yang berlaku perlahan- lahan atau cepat. Pengkomposan boleh dijalankan secara pasif atau aktif. Sisa tumbuhan dan haiwan mati yang dibiarkan beberapa lama akan mengkompos secara semula jadi. Ini disebut sebagai
pengkomposan pasif kerana berlaku tanpa memerlukan banyak penjagaan. Kompos pasif mungkin mengambil masa 6–10 bulan untuk terbentuk sepenuhnya. Pengkomposan aktif boleh mengambil masa yang singkat, iaitu antara 2–4 minggu. Kaedah ini memerlukan
beberapa faktor, iaitu:

1. pengudaraan dengan membalik-balikkan timbunan kompos,
2. kelembapan,
3. nisbah karbon dengan nitrogen (C:N) yang sesuai, dan
4. ketiga-tiga faktor di atas menentukan suhu yang sesuai (suhu yang
tinggi) untuk mempercepatkan penguraian, iaitu suhu antara 45–70°C.

Pengkomposan jenis ketiga ialah kaedah vermikultur atau pemeliharaan spesies cacing tanah tertentu untuk memakan sampah sarap organik. Vermikultur amat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai lapangan yang luas. Aktiviti vermikultur boleh dilakukan
di dalam atau di luar rumah sama ada secara kecil-kecilan, sederhana
atau besar-besaran. Keadaan persekitaran, cuaca dan suhu di Malaysia
amat sesuai untuk ternakan dan aktiviti vermikultur.

Puncak Jaya Agro Resources

No comments: