Friday, May 23, 2008

Kaedah Vermikultur

Vermi berasal daripada bahasa Latin bermaksud cacing. Vermikultur ialah proses pelupusan sampah sarap menggunakan cacing tanah untuk memakan sisa buangan organik pepejal dan menukarkannya kepada baja organik yang disebut vermikas atau najis cacing.

Kaedah vermikultur telah pun dijalankan di beberapa negara. Walau bagaimanapun, aktiviti ini terhad kepada beberapa kawasan sahaja dan belum dipraktikkan dengan begitu meluas.

Negara China misalnya menternak dan menggunakan cacing tanah dalam banyak bidang
perubatan tradisional, iaitu untuk bahan farmaseutikal dan kosmetik.

Di India terdapat beberapa kampung yang terletak di bahagian Selatan India mengamalkan vermikultur untuk membaja tanaman mereka.

Cuba pula merupakan sebuah negara yang menjadi mangsa sekatan ekonomi kerajaan Amerika Syarikat selepas perpecahan kerajaan Rusia. Cuba masih bertahan sebagai sebuah negara pertanian terutama dalam pengeluaran komoditi gula kerana kekurangan import baja kimia telah dapat diatasi dengan penggunaan baja organik yang
disediakan melalui teknik vermikultur.

Beberapa bandar di Kanada, Amerika Syarikat dan Australia menggunakan vermikultur untuk melupus sisa buangan organik bandaran.

Di New Zealand, kaedah vermikultur digunakan untuk memperbaiki hasil anggur yang
digunakan untuk membuat wain.

Di Korea, teknik vermikultur telah digunakan oleh sebuah syarikat untuk menstabilkan sisa biopepejal najis manusia.

Oleh kerana potensi yang baik ini maka negara kita tidak harus ketinggalan dalam memperluaskan kajian dan penggunaan teknologi vermikultur ini.

Puncak Jaya Agro Resources

No comments: