Di dalam mengembangkan dan memenuhi permintaan yang amat tinggi di dalam industri penghasilan baja organik ini, kami di Puncak Jaya Agro Resources mempelawa kepada para pelabur yang berminat untuk menjadi pelabur di syarikat kami.
Puncak Jaya Agro Resources menawarkan 3 pakej pelaburan yang melibatkan tempoh pembayaran dividen dari 12 bulan sehingga 36 bulan.
Jumlah pelaburan adalah seperti dibawah :
PAKEJ PELABURAN SELAMA 12 BULAN.
PAKEJ PELABURAN SELAMA 24 BULAN.
PAKEJ PELABURAN SELAMA 36 BULAN.
SYARAT - SYARAT PELABURAN
1). Warganegara Malaysia.
2). Umur melebihi 17 tahun.
3). Bayaran akan dibuat selepas 3 bulan mencarum selama tempoh perjanjian.
4). Selepas tempoh perjanjian tamat, hakmilik cacing adalah kepunyaan
Puncak Jaya Agro Resources.
5). Perjanjian perlaburan akan disediakan mengikut sistem perundangan yang sah.
6. Jika berminat sila hubungi En. Hamdan bin Mohamad untuk keterangan lanjut.
NOTA : Syarat - syarat pelaburan ini tertakluk pada perubahan semasa.
Friday, June 27, 2008
Sunday, May 25, 2008
Cacing Tanah Untuk Penghasilan Baja Kasting
Cacing tanah tergolong dalam kelompok binatang avertebrata (tidak bertulang belakang) yang hidupnya di tanah yang gembur dan lembab. Ada lebih dari 1.800 jenis cacing tanah yang dikenal para pengkaji.
Tetapi hanya 9 spesies yang banyak dimanfaatkan oleh ahli pertanian untuk menghasilkan baja organik. Kesembilan jenis tersebut adalah Lumbricus terrestris, Lumbricus rubellus, Eisenia foetida, Allolobophora caliginosa, Allolobophora chlorotica, Pheretima asiatica, Perionyx excavatus, Diplocordia verrucosa, dan Eudrilus eugeuniae. Dari sembilan spesies itu, hanya empat spesies yang dibudi dayakan yaitu L. rubellus, E. foetida, P. asiatica, E. eugeuniae.
Cacing tanah dapat mencerna bahan organik seberat badannya bahkan lebih. Cacing mampu mencerna bahan organik seberat dua kali ganda berat badannya selama 24 jam. Kemampuan haiwan ini menghasilkan bahan organik adalah dari sistem pencernaannya yang spesifik dan cara mencerna makanan. Sistem pencernaan haiwan ini terdiri dari farink, kerongkongan, kelenjar kalsiferous, tembolok, lambung dan usus besar.
Bahan organik menjadi sumber makanan cacing tanah. Kotoran cacing tanah sisa mencerna bahan organik adalah baja penyubur tanah, yang lebih dikenal sebagai baja kasting
Cacing yang sangat menyukai bahan organik, terutama yang berasal dari kotoran ternak dan sisa-sisa tumbuhan, adalah jenis Lumbricus rubellus yang diimpor dari Eropah. Cacing jenis ini ini sangat rakus dan berkembang lebih cepat, oleh sebab itu ia menjadi pilihan oleh perternak cacing.
Permulaan hidupnya bermula dari kokon, cacing muda, cacing produktif dan cacing tua. Tempoh hidup cacing ini dari telur hingga mati adalah selama 1 hingga 6 tahun.
Kemampuan cacing tanah mengurai bahan organik 3-5 kali lebih cepat dibandingkan proses pembusukan sampah secara semulajadi. Tanpa cacing, sampah baru boleh membusuk dalam waktu kurang lebih dua bulan sedangkan jika menggunakan cacing, dalam dua minggu sudah jadi.Lendir cacinglah yang turut membantu proses penguraian bahan organik.
Bagaimana baja kasting dapat menyuburkan tanaman?
Baja Kasting merupakan partikel-partikel tanah berwarna kehitam-hitaman yang ukurannya lebih kecil dari partikel tanah biasa sehingga lebih sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Kasting mengandung zat organik yang akan menyesuaikan perubahan kimia secara alami.
Dalam keadaan lembab, maka bakteri yang hidup di bahagian lembablah yang berkembang, dan jika ditaruh di bahagian panas, maka bakteri yang hidup di bahagian panaslah yang akan berkembang.
Selain itu baja kasting juga mengandung pelbagai unsur penting seperti auxin, sitokinin, giberelin, dan zat perangsang tumbuh untuk tanaman. Dan jika dilihat dari kandungan unsurnya, baja kasting jauh lebih baik daripada baja organik yang lain karena hampir seluruh unsur khaisat yang diperlukan oleh tanaman ada didalamnya.
Komposisi komponen kimia pada baja kasting adalah seperti berikut: nitrogen (N) 1,1-4,0%, fosfor (P) 0,3-3,5%, kalium (K) 0,2-2,1%, belerang (S) 0,24-0,63%, magnesium (Mg) 0,3-0,6% dan besi (Fe) 0,4-1,6%.

Penyediaan Kompos tea
August 29, 2007
Baja Organik
Filed under: Organic farming — by asastaniorganik @ 10:03 am
Vermikompos
Bahan diperlukan:
1.Bekas plastik (5-10 liter)
2.Pam akuarium (beli yg paling murah pun tak pa)
3.kain buruk yang jarang
4.kompos cacing
5.gula merah
6. Air paip bertapis
Cara buat.
1.bungkus vermikompos, agak-agak segengam dalam kain yg jarang
2.Masukkan air pada paras 3 suku dalam bekas plastik (bekas cat 5 liter)
3. Campurkan dua sudu gula merah
4. Pasangkan pam aquarium dalam air (untuk tujuan circulation dan pengudaraan.
5. Kemudian masukkan bungkusan kompos dalam air, pastikan ianya terendam
6. kemudian biarkan selama 48 jam (min)
7. Lepas tu guna secepat mungkin, sebab tak boleh simpan lama. Cara
guna dengan semburan foliar atau siram pada pangkal pokok.
Nota:
Vermikompos dalam bentuk compos tea.
Teh kompos cacing dipercayai mempunyai banyak mengandungi bakteria baik dan juga mempunyai kualiti sebagai zat penggalak tumbuh dan juga penghalang serangga dan penyakit.
Tujuan membuat kompos tea
adalah untuk membiakkan bakteria baik tersebut dengan banyak.

Saturday, May 24, 2008
Faedah Baja Vermikas
Vermikas mengandungi humus semula jadi yang mendatangkan faedah kepada tumbuhan seperti berikut:
1. Mampu bertindak sebagai penampan keasidan tanah. Kehadiran-nya mengimbangi pH melampau, iaitu vermikas mampu meningkatkan ketersediaan nutrien tanah untuk tumbuhan.
2. Berfungsi sebagai pemerangkap toksin dalam tanah. Humus mempunyai kemampuan untuk memerangkap logam berat atau menetapkan logam berat seperti yang terdapat dalam najis
manusia, najis haiwan, sisa tumbuhan dan gambut. Menghalang tumbuhan daripada menyerap logam berat tersebut secara berlebihan.
3. Vermikas bertindak sebagai perangsang pertumbuhan. Asid humik yang terkandung dalam vermikas mampu merangsang pertumbuhan tanaman seperti barli, tomato, kentang dan gandum.
4. Selain berfungsi sebagai humus, vermikas juga mampu membe-kalkan nutrien tumbuhan. Vermikas biasanya mengandungi lebih banyak kandungan nutrien berbanding kompos biasa.Walaupun kandungan nutrien major seperti N, P dan K lebih rendah berbanding baja kimia tetapi kaya dengan kandungan minor dan unsur surih yang dapat memberi keseimbangan nutrien kepada tumbuhan.
5. Penghasilan vermikas melalui sistem vermikultur mampu mengurangkan pembuangan sisa organik ke tempat pelupusan sampah yang hampir penuh. Projek vermikas mampu mengu-rangkan sisa betul-betul pada punca sisa itu terhasil seperti sisa rumah tangga atau pertanian tanpa perlu memisahkan kategori sampah yang mungkin sangat sukar dilakukan setelah sampai ke peringkat yang berikutnya.
6. Kenyataan Eastman (1999) menunjukkan bilangan cacing pita Ascaris sp. menurun sehingga 48% selepas 72 jam rawatan vermikultur sementara kawalan, iaitu rawatan tanah, tidak menunjukkan sebarang penurunan. Salmonella sp. menurun sebanyak 99% selepas 72 jam proses vermikultur sementara kawalan rawatan tanah menurun sebanyak 93%. Koliform najis juga menurun sebanyak 99% dengan kawalan menurun sebanyak 20% sahaja. Bukti ini menunjukkan proses vermikultur mampu menurun dan menstabilkan jumlah bilangan patogen E. coli, Salmonella, dan telur helmin pembawa penyakit seperti Ascaris.
Puncak Jaya Agro Resources

Friday, May 23, 2008
Cacing Vermikultur
Beberapa spesies cacing tanah telah digunakan untuk tujuan vermikultur. Spesies paling popular ialah cacing belang atau cacing harimau Eisenia foetida, cacing merah atau cacing najis Lumbricus rubellus, dan Amynthas gracilis.
Cacing tanah yang biasa kita lihat atau cacing taman atau cacing padang ialah jenis cacing yang tinggal di dalam tanah dengan membina terowong dan lubang-lubang dalam
tanah. Cacing ini tidak sesuai untuk tujuan penghasilan vermikas.
Cacing harimau atau cacing merah biasanya tinggal dalam najis, timbunan kompos dan bahan tumbuhan yang kaya dengan bahan organik. Bahan organik yang dimakan akan melalui bahagian prostomium, iaitu struktur seperti mulut yang dapat memegang
makanan (Gambar Di atas ). Bahagian paling anterior ialah struktur prostomium yang berfungsi seperti mulut, iaitu menolak dan mengambil makanan untuk ditelan.
Bahagian farinks boleh dijulur keluar bagi menolak makanan ke dalam sistem penghadaman cacing. Cacing tanah tidak bergigi, oleh itu makanan diselaputi oleh air liur yang menjadikannya lembut dan mudah dihadam. Makanan diambil oleh bahagian prostomium yang berbentuk seperti bibir yang terbalik, yang mengambil makanan untuk dimasukkan ke dalam salur penghadaman di dalam badan. Selepas ditelan, makanan bergerak ke esofagus ke dalam perut dan akhirnya ke dalam gizard atau hempedal.
Di dalam hempedal cacing, terdapat batu-batu halus yang mengisar makanan. Makanan yang telah dikisar bergerak ke usus yang panjang, iaitu sama panjang dengan ukuran cacing tersebut. Di akhir usus ialah dubur yang berfungsi mengeluarkan kasting atau najis cacing. Dalam masa 24 jam, 1 kg cacing berupaya memakan 1 kg sampah dan
menghasilkan lebih kurang 350 g vermikas, iaitu sepertiga jumlah
yang dimakan.
Cacing tidak mempunyai mata atau telinga tetapi sangat sensitif terhadap getaran atau gegaran pada tempat pengkompos. Ia juga sangat sensitif terhadap cahaya. Cahaya ultralembayung boleh memudaratkan cacing. Pendedahan selama satu jam di bawah
matahari yang cerah boleh menyebabkan lumpuh separa atau sepenuhnya. Beberapa jam pendedahan pula boleh membawa maut. Cacing bernafas melalui kulitnya yang sentiasa lembab. Oksigen diserap oleh lembapan kulit dan diangkut ke dalam kapilari tubuh
cacing. Keadaan tempat ternakan yang tergenang dengan airmemudaratkan cacing dan menyebabkan ia lemas kerana keadaan anaerob.
Puncak Jaya Agro Resources
Kaedah Vermikultur
Vermi berasal daripada bahasa Latin bermaksud cacing. Vermikultur ialah proses pelupusan sampah sarap menggunakan cacing tanah untuk memakan sisa buangan organik pepejal dan menukarkannya kepada baja organik yang disebut vermikas atau najis cacing.
Kaedah vermikultur telah pun dijalankan di beberapa negara. Walau bagaimanapun, aktiviti ini terhad kepada beberapa kawasan sahaja dan belum dipraktikkan dengan begitu meluas.
Negara China misalnya menternak dan menggunakan cacing tanah dalam banyak bidang
perubatan tradisional, iaitu untuk bahan farmaseutikal dan kosmetik.
Di India terdapat beberapa kampung yang terletak di bahagian Selatan India mengamalkan vermikultur untuk membaja tanaman mereka.
Cuba pula merupakan sebuah negara yang menjadi mangsa sekatan ekonomi kerajaan Amerika Syarikat selepas perpecahan kerajaan Rusia. Cuba masih bertahan sebagai sebuah negara pertanian terutama dalam pengeluaran komoditi gula kerana kekurangan import baja kimia telah dapat diatasi dengan penggunaan baja organik yang
disediakan melalui teknik vermikultur.
Beberapa bandar di Kanada, Amerika Syarikat dan Australia menggunakan vermikultur untuk melupus sisa buangan organik bandaran.
Di New Zealand, kaedah vermikultur digunakan untuk memperbaiki hasil anggur yang
digunakan untuk membuat wain.
Di Korea, teknik vermikultur telah digunakan oleh sebuah syarikat untuk menstabilkan sisa biopepejal najis manusia.
Oleh kerana potensi yang baik ini maka negara kita tidak harus ketinggalan dalam memperluaskan kajian dan penggunaan teknologi vermikultur ini.

Pengkomposan
Kaedah alternatif pengkomposan sisa organik pepejal. Kaedah ini tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah sisa buangan pepejal tetapi ia mampu mengalihkan sejumlah sisa buangan terutama sisa organik dari tempat pelupusan sampah dan dengan itu mengurangkan masalah sisa organik.
Bahan organik pepejal yang menjadi bahan paling banyak dibuang boleh digunakan sebagai substrat kepada beberapa makro dan mikro-organisma untuk ditukarkan kepada baja organik yang boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien dan meningkatkan kesuburan tanah.
Dalam hal ini, sisa buangan yang terdiri daripada sampah sarap organik merupakan sumber makanan kepada bakteria, kulat, aktino-miset, serangga dan cacing tanah yang bersama-sama mengambil bahagian dalam pengkomposan bahan-bahan organik.
Beberapa kaedah pengkomposan telah wujud sejak beribu tahun dahulu. Pengkomposan bermaksud penurunan secara biologi bahan organik kepada humus. Apabila tumbuhan atau haiwan mati ia akan menjadi bahan nutrien kepada makro dan mikroorganisma, dan akhirnya menjadi tanah semula. Pada zaman dahulu manusia menggunakan semula sampah sarap pertanian mereka dengan cara mengkompos.
Pengkomposan ialah suatu proses dinamik yang berlaku perlahan- lahan atau cepat. Pengkomposan boleh dijalankan secara pasif atau aktif. Sisa tumbuhan dan haiwan mati yang dibiarkan beberapa lama akan mengkompos secara semula jadi. Ini disebut sebagai
pengkomposan pasif kerana berlaku tanpa memerlukan banyak penjagaan. Kompos pasif mungkin mengambil masa 6–10 bulan untuk terbentuk sepenuhnya. Pengkomposan aktif boleh mengambil masa yang singkat, iaitu antara 2–4 minggu. Kaedah ini memerlukan
beberapa faktor, iaitu:
1. pengudaraan dengan membalik-balikkan timbunan kompos,
2. kelembapan,
3. nisbah karbon dengan nitrogen (C:N) yang sesuai, dan
4. ketiga-tiga faktor di atas menentukan suhu yang sesuai (suhu yang
tinggi) untuk mempercepatkan penguraian, iaitu suhu antara 45–70°C.
Pengkomposan jenis ketiga ialah kaedah vermikultur atau pemeliharaan spesies cacing tanah tertentu untuk memakan sampah sarap organik. Vermikultur amat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai lapangan yang luas. Aktiviti vermikultur boleh dilakukan
di dalam atau di luar rumah sama ada secara kecil-kecilan, sederhana
atau besar-besaran. Keadaan persekitaran, cuaca dan suhu di Malaysia
amat sesuai untuk ternakan dan aktiviti vermikultur.

Thursday, May 22, 2008
Tanah Dan Kitarannya
Tanah merupakan sumber penting untuk perusahaan pertanian.
Tanah ialah asas pertanian.Daripada tanah tumbuhan dapat bekalan air dan baja.
Rajah ini menunjukkan kitaran nutrien. Air hujan jatuh ke tanah lalu meresap ke dalam tanah.
Baja larut di dalam air. Tanaman serap air untuk tumbesarannya.
Air bergerak daripada akar ke batang. Daripada batang air bergerak ke daun dan seterusnya air
mengalami proses evapo-transpirasi (hilang ke udara). Pergerakkan air membawa nutrien keseluruh
tanaman itu. Sementara itu tanaman membesar dan daun akan jatuh ke bumi.
Daun itu akan menjadi sebahagian daripada tanah. Apabila bahan organik itu reput,
nutrien yang wujud dalam bahan organik itu akan tersedia kepada tanaman
Maklumat Medium
1. Medium hidup cacing harus mengandungi bahan organik dalam jumlah yang besar.
2. Bahan-bahan organik medium boleh didapati dari daun yang gugur, buangan kotoran ternakan atau tanaman dan haiwan yang mati. Lumbricus dan tiger menyukai bahan-bahan yang mudah membusuk karena lebih mudah dicerna oleh tubuhnya.
3. Untuk pertumbuhan yang baik, cacing ini memerlukan media yang mempunyai kadar asam sehingga neutral atau disekitar ph 6-7. Dengan keadaan ini, bakteria dalam tubuh cacing tanah dapat bekerja optimal untuk mengadakan pembusukan atau fermentasi.
4) kadar Kelembaban yang optima untuk pertumbuhan dan pembiakan cacing ini adalah antara 15-30 %.
5) Suhu yang diperlukan untuk pertumbuhan cacing tanah dan penetasan kokon adalah sekitar 15–25 Darjah Celsius atau suam-suam kuku. Suhu yang lebih tinggi dari 25 darjah celsius masih baik asal ada naungan yang cukup dan kelembaban yang optimal.
6) Lokasi pemeliharaan cacing ini diusahakan agar mudah diuruskan dan pengawasannya serta tidak terkena sinar matahari secara langsung, misalnya di bawah pohon rendang, di tepi rumah atau di ruangan khusus yang atapnya terbuat dari bahan-bahan yang tidak meneruskan sinar dan tidak menyimpan panas.

Baja Kimia Tidak Mesra Alam
– Pertanian secara konvensional yang mengamalkan pertanian tanaman tunggal, memerlukan pembajaan tinggi, hormon penggalak pokok sintetik, serta racun perosak yang tinggi. Kebiasaannya bahan kimia diberi pada tanaman melebihi daripada kadar yang disyorkan untuk mendapat hasil yang lebih tinggi.
– Pencemaran tanah dan air boleh berlaku apabila bahan baja nitrat (NO3-) dan fosfat (PO4-) tidak sempat diserap oleh pokok, dilarutlesapkan ke bahagian dalam tanah, sampai ke air bawah tanah, seterusnya ke sungai dan kolam. Menyebabkan eutrofikasi, dimana alga tumbuh dengan banyak menyebabkan oksigen berkurangan untuk hidupan akuatik (ikan).
– Pencemaran dari bahan pestisid, herbisid yang masuk ke dalam rantaian makanan. Bahan pencemar dalam tanah dan air diserap oleh fauna serta flora, yang kemudiannya akan sampai kepada manusia melalui hasil tumbuhan serta ternakan yang dimakan. Bahan pencemar larut dalam air pada tahap merbahaya kepada manusia dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik yang sukar diubati.
Punvak Jaya Agro Resources
Melaka N Johor Bahru
012-7762840

Sejarah Pertanian Tradisional
Ciri pertanian tradisional
• Pertanian tradisional pada amnya, masih diamalkan di negara-negara ke-3 seperti di Afrika, Asia dan Latin Amerika hingga ke hari ini.
• Di Eropah dan Amerika Utara, pertanian tradisional tidak lagi wujud apabila masuk Abad ke-20.
Amalan pertanian tradisional
• Penggunaan sepenuhnya agroekosistem yang wujud pada satu-satu lokasi. Input untuk penghasilan bahan makanan diperolehi atau diproses di ekosistem itu sendiri seterusnya digunapakai untuk proses penghasilan makanan akan datang. Oleh itu, ekosistem dalam pertanian tradisional sangat kompleks yang merangkumi gabungan manusia, ternakan dan tanaman dan wujud keadaan yang stabil dengan alam semulajadi.
• Penghasilan bahan makanan lebih bersifat kraf atau seni pertanian. Sebenarnya ianya merupakan ilmu dan kemahiran berbentuk praktik yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi secara lisan.

Apa itu Perladangan organik
Sistem perladangan organik mengelak penggunaan baja dan racun perosak sintetik. Menarik minat ramai kerana bebas dari sisa bahan kimia. Banyak bahan organik dari kompos, najis haiwan, tanaman kekacang, baja hijau (green manuring) digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah.
Pelbagai produk baja organik atau baja kompos yang dihasilkan dari pengkomposan sisa pertanian seperti siasa tumbuhan, jerami dan sekam padi, sisa kilang kelapa sawit (POME), najis haiwan; tahi ayam. tahi lembu, tahi kambing.
Vermikompos, bahan organik hasil dari aktiviti pereputan oleh cacing tanah (Lumbricus rubellus cacing merah; Eisenia fetida cacing harimau; Parionyx excavatus cacing biru.
Puncak Jaya Agro Resources
Melaka N Johor bahru
012-7762840
Subscribe to:
Posts (Atom)