Sunday, May 25, 2008

Penyediaan Kompos tea

August 29, 2007
Baja Organik
Filed under: Organic farming — by asastaniorganik @ 10:03 am

Vermikompos
Bahan diperlukan:

1.Bekas plastik (5-10 liter)
2.Pam akuarium (beli yg paling murah pun tak pa)
3.kain buruk yang jarang
4.kompos cacing
5.gula merah
6. Air paip bertapis

Cara buat.

1.bungkus vermikompos, agak-agak segengam dalam kain yg jarang
2.Masukkan air pada paras 3 suku dalam bekas plastik (bekas cat 5 liter)
3. Campurkan dua sudu gula merah
4. Pasangkan pam aquarium dalam air (untuk tujuan circulation dan pengudaraan.
5. Kemudian masukkan bungkusan kompos dalam air, pastikan ianya terendam
6. kemudian biarkan selama 48 jam (min)
7. Lepas tu guna secepat mungkin, sebab tak boleh simpan lama. Cara
guna dengan semburan foliar atau siram pada pangkal pokok.

Nota:

Vermikompos dalam bentuk compos tea.

Teh kompos cacing dipercayai mempunyai banyak mengandungi bakteria baik dan juga mempunyai kualiti sebagai zat penggalak tumbuh dan juga penghalang serangga dan penyakit.

Tujuan membuat kompos tea
adalah untuk membiakkan bakteria baik tersebut dengan banyak.

No comments: