Thursday, May 22, 2008

Baja Kimia Tidak Mesra Alam

– Pertanian secara konvensional yang mengamalkan pertanian tanaman tunggal, memerlukan pembajaan tinggi, hormon penggalak pokok sintetik, serta racun perosak yang tinggi. Kebiasaannya bahan kimia diberi pada tanaman melebihi daripada kadar yang disyorkan untuk mendapat hasil yang lebih tinggi.

– Pencemaran tanah dan air boleh berlaku apabila bahan baja nitrat (NO3-) dan fosfat (PO4-) tidak sempat diserap oleh pokok, dilarutlesapkan ke bahagian dalam tanah, sampai ke air bawah tanah, seterusnya ke sungai dan kolam. Menyebabkan eutrofikasi, dimana alga tumbuh dengan banyak menyebabkan oksigen berkurangan untuk hidupan akuatik (ikan).

– Pencemaran dari bahan pestisid, herbisid yang masuk ke dalam rantaian makanan. Bahan pencemar dalam tanah dan air diserap oleh fauna serta flora, yang kemudiannya akan sampai kepada manusia melalui hasil tumbuhan serta ternakan yang dimakan. Bahan pencemar larut dalam air pada tahap merbahaya kepada manusia dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik yang sukar diubati.



Punvak Jaya Agro Resources
Melaka N Johor Bahru
012-7762840

No comments: